SEJARAH PUSAT SUMBER SMK MEROTAI BESAR

SMK MEROTAI BESAR ditubuhkan pada awal tahun 1980. Penubuhan SMK Merotai Besar ini adalah atas cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi peluang kepada pelaja-pelajar yang bersekolah di kawasan yang tercicir kerana tidak dapat menyambung pelajaran ke sekolah Menengah di Tawau. Pada tahun 1980 hanya terdapat 106 orang pelajar dan 4 orang guru termasuk Pengetua. Pelajar-pelajar ini datangnya dari empat buah sekolah Rendah iaitu SRK Tiger, SRK Merotai Kecil, SK Merotai Besar dan SK Kuala Merotai.
          Ketika ditubuhkan, bangunan sekolah hanyalah menumpang di SK Merotai Besar dan bersekolah di sesi petang. Pada awal 1981 satu tinjauan telah dibuat oleh KPM untuk membuat bangunan sekolah ini sendiri. Pada awal tahun 1982, bangunan ini telah mula dibina. Pembinaan tersebut melibatkan 2 blok bangunan 2 Tingkat, 3 blok flat kediaman guru, 1 blok rumah pekerja (4 unit), 1  rumah pengetua, sebuah padang permainan dan sebuah gelanggang bola keranjang.
          Menjelang bulan April 1984, bangunan sekolah sudah mula digunakan. Pada bulan Julai 1985, semua bangunan telah diserahkan oleh pihak pembangun kepada Jabatan Pendidikan dan pada tahun itu juga pelajar telah bertambah. Bilangan pada ketika itu ialah 325 orang manakala guru 17 orang.

          Pada tahun 1985, penempatan di asrama telah dibuka dan seramai 125 orang pelajar telah dipilih. Pelajar-pelajar ini berasal dari penempatan yang jauh seperti dari Luasong, Kalabakan, Brumas dan Wallace Bay.

ALAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MEROTAI BESAR
ALAMAT : SMK MEROTAI, PETI SURAT 272, 91007, TAWAU SABAH
NO TEL : 089-902773
NO FAX : 089-902824
EMAIL : XEA3064@GMAIL.COM
MOTTO : ILMU ASAS HIDUP

0 comments:

Post a Comment

INFORMASI TERBARU