VISI


MENJADIKAN WARGA SMK MEROTAI BESAR TAWAU BERILMU,  CEMERLANG & BERILTIZAM


MISI

(1)
MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH YANG MENGHAYATI BUDAYA ILMU BAGI MENJANA PENCAPAIAN YANG CEMERLANG.
(2)
MEWUJUDKAN PSS MESRA PELAJAR YANG KONDUSIF DAN MEMBERI ILHAM
(3)
MEMANTAPKAN PELAKSANAAN DASAR NEGARA MELALUI PENDIDIKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA.
(4)
MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH YANG KREATIF, INOVATIF, TELUS DAN MEMPUNYAI POTENSI DIRI YANG TINGGI BERDASARKAN NILAI-NILAI AGAMA.
(5)
MEMPERKASAKAN PENGURUSAN SEKOLAH YANG PROFESIONAL, RESPONSIBILITI DAN AKAUNTABILITI BAGI MENJANA KECEMERLANGAN DALAM MEMENUHI KEHENDAK KOMUNITI.
(6)
MENJADIKAN BUDAYA MEMBACA SEBAGAI KEBITARAAN SEKOLAH.
(7)
MEMANTAPKAN HUBUNGAN SEKOLAH & KOMUNITI MELALUI PENGANJURAN
AKTIVITI PSS



PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Pusat Sumber SMK. Merotai Besar berjanji dengan ikhlas dan tanggungjawab, sesungguhnya berhasrat akan:-Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar
  1. 1. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
  2. 2. Mewujudkan pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran dan pembelajaran
  3. 3. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima      pandangan dan cadangan pelanggan. 
  4. 4. Membestarikan perkhidmatan kepada pelanggan. 

MATLAMAT PSS

Melahirkan budaya suka membaca dalam kalangan pelajar di samping melahirkan murid yang berdaya fikir kreatif dan inovatif, berketrampilan serta berwibawa ke arah kemenjadian pelajar yang unggul.




OBJEKTIF
  1. 1. Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di             kalangan pelajar.
  2. 2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan berbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional.
  3. 3. Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
  4. 4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  5. 5. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara kolektif.
  6. 6. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan potensi individu dan sahsiah pelajar.

FUNGSI & PERANAN PSS

1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
3. Merupakan tempat bahan pengajaran-pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
5. Memberi panduan mencari ,mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7. Menyediakan peluang pelajar mengmbangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10. Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.


0 comments:

Post a Comment

INFORMASI TERBARU